Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian II · Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan

7. Kuasa penangkapan

(1)

Jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dibuat berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan fizikal sebenar kepada orang dilindungi, mahkamah hendaklah menyertakan suatu kuasa penangkapan pada perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika suatu kuasa menangkap disertakan menurut kuasa subseksyen (1), seseorang pegawai polis hendaklah menangkap tanpa waran orang yang terhadapnya perintah itu dibuat apabila berlaku satu keadaan atau lebih yang berikut:

(a)

apabila terdapat suatu laporan keganasan rumah tangga dibuat oleh orang yang dilindungi di bawah perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan kepada mana-mana pegawai polis;

Undang-Undang Malaysia 20

(b)

apabila pegawai polis itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat telah melanggar—

(i)

perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 4(1)

atau 5(1); atau

(ii)

mana-mana perintah yang dibuat menurut perenggan 6(1)(a) atau (b); atau

(c)

apabila orang yang terhadapnya perintah itu dibuat memasuki mana-mana tempat yang dilarang di bawah perintah itu.

(3)

Jika suatu kuasa menangkap disertakan pada perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat ditangkap di bawah subseksyen (2)—

(a)

dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim dalam masa dua puluh empat jam dari masa dia ditangkap; dan

(b)

dia tidak boleh dilepaskan dalam tempoh itu kecuali atas arahan hakim, tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkannya terus ditahan di bawah subseksyen ini selepas habis tempoh itu.

(4)

Dalam seksyen ini, “hakim” termasuklah Majistret.

Report

Bahagian III

Pampasan dan Program Pemulihan

Bahagian IV

Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan

Bahagian V

Pelbagai