Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian II · Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian II · Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang dengan sengaja melanggar suatu perintah perlindungan atau mana-mana peruntukannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang dengan sengaja melanggar suatu perintah perlindungan dengan menggunakan keganasan ke atas orang dilindungi boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Keganasan Rumah Tangga 21
Mana-mana orang yang disabitkan atas pelanggaran kali kedua atau berikutnya sesuatu perintah perlindungan di bawah subseksyen (2) hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dan tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Bagi maksud seksyen ini, “perintah perlindungan” termasuklah perintah perlindungan interim.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V