Skip to content

Seksyen 15

Jika—

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 15 of 106
Seksyen 15

(a)

seorang tuan punya atau penduduk mana-mana tanah yang berdampingan dengan suatu keretapi berpendapat bahawa kerja kemudahan yang dibuat di bawah seksyen 14 adalah tidak mencukupi untuk kegunaan lega tanah itu; atau

(b)

mana-mana jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan berhasrat untuk membina suatu jalan awam atau kerja lain merintangi, di atas atau di bawah suatu keretapi, tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu boleh, atas perbelanjaan sendiri, menyebabkan dibuat apa-apa kerja kemudahan selanjutnya yang difikirkannya perlu dan jika dipersetujui oleh syarikat keretapi itu atau, dalam hal perselisihan pendapat di antara tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu dengan syarikat keretapi, apa-apa kerja kemudahan selanjutnya sebagaimana dibenarkan oleh Ketua

Pengarah.

Keretapi 27