Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 17

Jika sesuatu syarikat keretapi telah membina suatu landasan keretapi merintangi suatu jalan awam yang sama ratanya, Ketua

Pengarah boleh, jika ternyata kepadanya bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat keretapi itu, dalam masa yang difikirkannya patut, untuk memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan keretapi itu melalui suatu jambatan atau gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama ratanya itu, atau untuk melaksanakan kerja lain yang ternyata kepada Ketua Pengarah mengikut hal keadaan kes itu sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 463