Skip to content

Seksyen 16

Pagar, adangan, get dan palang

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 16 of 106
Seksyen 16

(1)

Ketua Pengarah boleh, dalam masa yang akan dinyatakan dalam rekuisisi atau dalam apa-apa masa lanjut yang ditetapkan olehnya, menghendaki syarikat keretapi—

(a)

menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, pagar atau tanda sempadan untuk keretapinya dan mana-mana jalan yang dibina berkaitan dengannya; atau

(b)

menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa kerja dalam bentuk adangan yang berhampiran atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan awam yang dibina sebelum pembuatan keretapi itu bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalan itu.

(2)

Mana-mana syarikat keretapi yang gagal mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.