Seksyen 19
Lintasan rata persendirian
(1)
Sesuatu syarikat keretapi boleh, menurut budi bicaranya, atas permintaan yang dibuat oleh mana-mana orang, membina dan membuka lintasan rata persendirian di mana-mana tempat di atas landasan keretapi, dan boleh mengenakan syarat berkenaan dengan penggunaannya.
(2)
Kos pembinaan suatu lintasan rata persendirian dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya hendaklah dibayar oleh orang yang baginya lintasan itu telah dibina.
(3)
Syarikat keretapi itu boleh, sekiranya orang yang baginya lintasan itu dibina gagal mematuhi syarat yang dikenakan, atau jika adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keretapi itu, menutup mana-mana lintasan rata persendirian.