Seksyen 21
Pembuangan pokok yang merbahaya kepada atau yang menghalang pengerjaan sesuatu keretapi
Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa pada bila-bila masa terdapat bahaya atau bahaya yang disyaki bahawa mana-mana pokok (yang istilahnya dalam seksyen ini termasuk tumbuhan yang kecil dan rendah) yang terdapat di atas tanah selain tanah keretapi mungkin terjatuh ke atas sesuatu keretapi, atau di atas laluan mana-mana telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik yang pengerjaannya dikawal keseluruhannya atau sebahagiannya oleh suatu syarikat keretapi atau mungkin menghalang, mengganggu, atau menyebabkan kerosakan kepada pembinaan atau pengerjaan sepatutnya sesuatu keretapi atau mana-mana telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik itu atau kepada mana-mana tiang, struktur atau kelekapan lain yang menopangkannya atau yang bersangkutan dengannya, maka syarikat keretapi boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain, yang pada pendapat Ketua
Pengarah, akan menghindarkan bahaya itu atau menghapuskan halangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Keretapi 31
(2)
Jika sesuatu pokok menghalang atau mengganggu mana-mana isyarat terpasang, syarikat keretapi boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Apabila pokok yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2)
telah wujud sebelum keretapi itu dibina, atau sebelum telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik itu dibentangkan, atau sebelum tiang, struktur atau kelekapan itu didirikan atau dipasang, atau sebelum isyarat itu dipasang, pampasan mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat keretapi itu kepada tuan punya atau penduduk tanah di mana pokok itu terletak.