Seksyen 22
Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadan dengan keretapi
Tuan punya atau penduduk mana-mana tanah hendaklah, sebelum menebang atau menebas mana-mana pokok atau hutan yang bersempadan dengan suatu keretapi, terlebih dahulu memberi notis bertulis tujuh hari kepada syarikat keretapi itu mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi keretapi itu atau mana-mana telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya.
(2)
Jika apa-apa kerosakan disebabkan pada keretapi atau pada mana-mana telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya, syarikat keretapi boleh, jika tidak terdapat persetujuan, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.