Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat secara bertulis, dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apabila menerima suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan lesen kepada pemohon atas pembayaran apa-apa fi yang difikirkannya patut; atau
(b)
menolak permohonan itu.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika suatu skim keretapi telah diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(7), syarikat keretapi yang mengemukakan skim keretapi itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat atau kehendak yang dikenakan oleh
Menteri atas kelulusan itu, disifatkan sebagai seorang pemohon yang berkelayakan dan sesuai bagi maksud mengendalikan keretapi yang diluluskan di bawah skim keretapi itu dan Menteri hendaklah, atas permohonan syarikat keretapi itu di bawah subseksyen (2), meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen kepada syarikat keretapi itu atas pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5)
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
atau (4) hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—
(a)
jenis sistem dan perkhidmatan keretapi yang akan dikendalikan oleh sesuatu syarikat keretapi;
(b)
fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh sesuatu syarikat keretapi;
Keretapi 33
(c)
kewajipan khusus sesuatu syarikat keretapi berkenaan dengan perkhidmatan keretapi yang dikendalikan atau kemudahan yang disediakan olehnya; dan
(d)
apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(6)
Pengeluaran suatu lesen kepada sesuatu syarikat keretapi oleh
Menteri di bawah subseksyen (3) atau (4) tidak akan mengenakan apa-apa tanggungan ke atas Kerajaan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran syarikat itu.
Notis mengenai pembukaan yang dimaksudkan mengenai sesuatu keretapi