Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 79

(2)

Jika apabila habis tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, syarikat keretapi itu gagal mematuhi syarat yang tersebut di dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu laporan mengenai kegagalan syarikat keretapi itu dan laporan itu hendaklah dalam bentuk yang didapati sesuai oleh Ketua

Pengarah.

(3)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada

Ketua

Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu adalah, bersifat serius atau menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan bahawa syarikat keretapi itu telah enggan

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

mengambil atau telah tidak mengambil segala langkah yang ternyata kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi syarikat keretapi itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen syarikat keretapi itu dan notis sedemikian hendaklah juga menetapkan atau menyatakan—

(a)

syarat lesen yang telah dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang membentuk pelanggaran itu; dan

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalam mana syarikat keretapi itu boleh membuat representasi mengenai penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat keretapi,

Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

(5)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada syarikat keretapi itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.

(6)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Tindakan Menteri dalam hal keadaan tertentu