Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(a)
memperuntukkan bagi Ketua Pengarah mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal syarikat keretapi itu, dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas sekian bahagian harta, perniagaan dan hal ehwalnya dan menjalankan sekian bahagian perniagaan dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau memperuntukkan bagi Ketua Pengarah melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua
Pengarah dan memperuntukkan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah, atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya kena dibayar daripada kumpulan wang dan harta syarikat itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;
(b)
sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan yang hendaklah dibuat oleh
Ketua
Pengarah kepada
Mahkamah Tinggi untuk melantik seseorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan perniagaan, hal ehwal dan harta syarikat keretapi itu, atau sekian bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan
Mahkamah Tinggi yang sampingan, tambahan atau berbangkit berhubungan dengan perlantikan itu sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, diubah suai, dipinda, diubah pinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia praktik atau adil untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1).
(3)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat seumpamanya oleh Menteri dan apa-apa perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah,
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
arahan atau peruntukan yang bersifat sampingan, tambahan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Menteri.
Peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 80