Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 82

(2)

Jika kawalan ke atas sesuatu syarikat keretapi telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 80, Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mempunyai kawalan ke atas harta, perniagaan dan hal ehwal syarikat keretapi yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal syarikat itu atas nama dan bagi pihak syarikat itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah tersebut, sehinggalah suatu masa apabila perintah tersebut dibatalkan di bawah subseksyen 80(3).

(3)

Di sepanjang tempoh kawalan sesuatu syarikat keretapi menurut perintah di bawah seksyen 80, hendaklah terletak hak pada

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana berkenaan, segala kuasa syarikat itu dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen syarikat itu atau yang boleh dijalankan oleh syarikat itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dengan cara apa sekalipun selainnya, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesulitan yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh

Menteri melalui arahan bertulis.

(4)

Dalam tempoh yang suatu perintah di bawah seksyen 80

sedang berkuat kuasa, tiada pengarah syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhubungan dengan syarikat itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau menjadi kena dibayar kepada mana-mana pengarah syarikat itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

bertulis oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 80 tidak berkuat kuasa untuk memberi kepada, atau meletakhakkan pada,

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hak milik bagi, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, mana-mana harta syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu.