Skip to content

Seksyen 81

Peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 80

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 81 of 106
Seksyen 81
(1)

Seseorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 80(1)(a) hendaklah dilantik selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, tetapi tidaklah melebihi, dalam mana-mana hal, dua tahun, tetapi boleh dilantik semula, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri, selama tiga tempoh lanjut berturut-turut yang tidak melebihi satu tahun setiap satu, dan hendaklah, dalam tempoh pelantikan atau pelantikan semula itu, memegang jawatannya mengikut kehendak Ketua Pengarah.

(2)

Terma dan syarat pelantikan yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat dan kepada subseksyen (1), ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengikat syarikat keretapi yang berkenaan.

(3)

Seseorang yang memegang mana-mana pelantikan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidaklah melakukan apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata disebabkan dia memegang pelantikan sedemikian.

(4)

Jika seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu syarikat keretapi oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 80(1)(b), segala kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya, termasuklah saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah kena dibayar daripada aset syarikat keretapi itu dengan diberi keutamaan daripada segala tuntutan lain.