Malaysia legislation

Section 84

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 84

Jika dua atau lebih syarikat keretapi, yang keretapi masing-masing mempunyai satu terminal yang sama atau suatu bahagian daripada jalan perhubungan keretapi yang sama, tidak dapat bersetuju mengenai perkiraan bagi menguruskan, di terminal yang sama itu atau di tempat persimpangan di antaranya, keselamatan trafik bersama mereka, maka Ketua Pengarah, atas permohonan salah satu atau mana-mana syarikat itu, boleh memutuskan perkara yang dipertikaikan di antara mereka, setakat yang perkara itu berhubungan dengan keselamatan orang awam, dan boleh menentukan sama ada

Keretapi 67

keseluruhan atau sekian kadar perbelanjaan yang terlibat dalam perkiraan itu hendaklah ditanggung oleh salah satu atau mana-mana syarikat itu masing-masingnya.