Seksyen 41
Seksyen 41
Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat oleh mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet, hal ehwal suami isteri, admiralti atau kebankrapan, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, adalah berkaitan apabila kewujudan apa-apa sifat di sisi undang-undang itu atau kewujudan hakmilik mana-mana orang sedemikian terhadap apa-apa benda sedemikian adalah berkaitan.
(2)
Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—
(a)
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa;
(b)
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu;
(c)
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan
Keterangan 45
(d)
bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang itu.
Keberkaitan dan kesan penghakiman, perintah atau dekri selain yang disebut dalam seksyen 41