Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab II

43. Section 43

Feedback & support

Penghakiman, perintah atau dekri, yang selain yang disebut dalam seksyen 40, 41 dan 42 adalah tidak berkaitan melainkan jika kewujudan penghakiman, perintah atau dekri itu ialah suatu fakta persoalan atau yang berkaitan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.

(a)

A dan B secara berasingan membawa guaman terhadap C kerana suatu libel yang menyentuh setiap seorang daripada mereka. Dalam setiap kes itu C mengatakan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu adalah benar, dan hal keadaannya sebegitu rupa sehinggakan boleh dianggap bahawa perkara itu barang kali benar dalam setiap kes itu ataupun tidak benar dalam mana-mana kes itu.

Undang-Undang Malaysia 46

A mendapat suatu dekri terhadap C bagi ganti rugi atas alasan bahawa

C telah tidak berjaya membuktikan perbuatannya berjustifikasi. Fakta itu tidaklah berkaitan dalam kes antara B dengan C.

(b)

A mendakwa B di bawah seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memujuk lari C, iaitu isteri A.

B menafikan bahawa C ialah isteri A, tetapi mahkamah mensabitkan B.

Kemudiannya C didakwa kerana bigami oleh sebab berkahwin dengan B semasa A masih hidup. C mengatakan bahawa dia tidak pernah menjadi isteri A.

Penghakiman terhadap B itu tidaklah berkaitan terhadap C.

(c)

A telah mendapat suatu dekri terhadap B bagi pemilikan tanah. Oleh sebab itu C, iaitu anak B, membunuh A.

Kewujudan penghakiman itu adalah berkaitan sebagai menunjukkan motif bagi sesuatu jenayah.

(d)

A dipertuduh atas kesalahan mencuri dan kerana dahulunya telah disabitkan atas kesalahan mencuri.

Sabitan dahulu itu adalah berkaitan sebagai suatu fakta persoalan.

(e)

A dibicarakan kerana membunuh B. Fakta bahawa B telah mendakwa

A kerana libel dan bahawa A telah disabitkan dan dihukum adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai menunjukkan motif bagi fakta persoalan itu.

Fraud atau pakatan sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketidakwibawaan mahkamah boleh dibuktikan

Report

Bahagian II

Pembuktian

Bab III

Bab IV

Bab V

Bab VI

Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh

Bahagian III

Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab VII

Beban Membuktikan

Bab VIII

Estopel

Bab IX

Bab X

Bab XI