Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bab II

45. Section 45

Feedback & support
(1)

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, pendapat atas perkara itu, daripada

Keterangan 47

orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, ialah fakta berkaitan.

(2)

Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

(a)

Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun.

Pendapat pakar tentang gejala yang disebabkan oleh racun yang disangkakan telah menyebabkan kematian A adalah berkaitan.

(b)

Soalnya adalah sama ada A, pada masa melakukan perbuatan tertentu tidak berupaya, oleh sebab tidak sempurna akal, mengetahui keadaan perbuatannya itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.

Pendapat pakar atas soal sama ada gejala yang ditunjukkan oleh A itu pada kebiasaannya menunjukkan ketidaksempurnaan akal, dan sama ada ketidaksempurnaan sedemikian biasanya menyebabkan orang tidak upaya mengetahui keadaan perbuatan yang dilakukannya atau tidak berupaya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang, adalah berkaitan.

(c)

Soalnya adalah sama ada sesuatu dokumen tertentu telah ditulis oleh

A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan adalah berkaitan.

Fakta berkenaan dengan pendapat pakar

Report

Bahagian II

Pembuktian

Bab III

Bab IV

Bab V

Bab VI

Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh

Bahagian III

Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab VII

Beban Membuktikan

Bab VIII

Estopel

Bab IX

Bab X

Bab XI