Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam—
mana-mana perundangan yang diperbuat oleh Parlimen atau badan perundangan mana-mana bahagian Komanwel;
mana-mana perundangan yang diperbuat oleh badan perundangan mana-mana Negeri; atau
Keterangan 43
mana-mana kertas bercetak yang berupa sebagai—
Warta yang dicetak di bawah kuasa Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri;
Warta London; atau
Warta mana-mana bahagian lain Komanwel termasuklah, jika mana-mana bahagian itu adalah di bawah Kerajaan pusat dan juga di bawah Kerajaan tempatan, mana-mana Kerajaan tempatan itu, ialah fakta berkaitan.
Keberkaitan pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang