Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian I · Permulaan
2B. Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya
Feedback & supportSeseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberikan keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding jika dia telah mencapai umur dua belas tahun dan memahami sifat sumpah.
Saksi kanak-kanak yang belum mencapai umur dua belas tahun atau tidak memahami sifat sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dalam suatu prosiding dan Mahkamah hendaklah, sebelum saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan, memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendaki saksi kanak-kanak itu berjanji untuk bercakap benar.
Apabila seseorang saksi kanak-kanak memberikan keterangan dalam suatu prosiding dan semasa memberikan keterangannya saksi kanak-kanak itu mencapai umur dua belas tahun, dia boleh terus memberikan keterangannya dengan syarat bahawa dia mengangkat
8
Undang-Undang Malaysia sumpah dan kegagalannya untuk mengangkat sumpah apabila mencapai umur dua belas tahun tidak menjadikan keterangannya tidak boleh diterima.
Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah di bawah subseksyen (2) hendaklah, jika diterima oleh Mahkamah, dilayan dengan cara yang sama seolah-olah keterangan itu telah diberikan dengan sumpah.