Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian I · Permulaan
2E. Pengurusan kes
Feedback & supportApabila Mahkamah memulakan proses pengurusan kes di bawah seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan
10
Undang-Undang Malaysia keterangan dalam suatu prosiding, Mahkamah boleh, semasa pengurusan kes itu, memberikan arahan mengenai cara memberikan keterangan oleh saksi kanak-kanak itu dan mengenai pengendalian pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dalam prosiding itu untuk membolehkan pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dijalankan secara berkesan dan untuk menggalakkan suatu perbicaraan yang adil dan cepat.
Walau apa pun subseksyen (1), jika pengurusan kes itu adalah berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding yang berhubungan dengan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1).
Arahan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk—
cara pertanyaan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan soalan yang boleh atau tidak boleh ditanya berhubung dengan isu tertentu dan pengungkapan soalan kepada saksi kanak-kanak itu;
anggaran tempoh pemeriksaan saksi kanak-kanak itu termasuk berhenti rehat; dan
penggunaan apa-apa kelengkapan atau alat untuk membantu menyampaikan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan untuk memperoleh jawapan daripada saksi kanak-kanak itu.
Semasa pengurusan kes, Mahkamah—
hendaklah memberikan semua pihak peluang untuk didengar; dan
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 11
boleh memanggil dan menerima keterangan pakar untuk membantu Mahkamah dalam membuat suatu pendapat yang berhubungan dengan—
cara terbaik untuk berkomunikasi dengan saksi kanak-kanak itu; dan
apa-apa langkah yang mungkin dikehendaki untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
Dalam memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1),
Mahkamah boleh mengambil kira—
umur saksi kanak-kanak itu;
apa-apa keperluan khas saksi kanak-kanak itu;
sifat kesalahan yang berkenaan;
hubungan antara saksi kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;
kemahuan saksi kanak-kanak itu; dan
ketersediaan apa-apa kelengkapan, alat atau kemudahan yang perlu untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
Peruntukan seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan seksyen 172B Kanun Tatacara
Jenayah.
12
Undang-Undang Malaysia