Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian I · Permulaan
2C. Inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak dan keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), jika kekompetenan seseorang saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan dipersoalkan, Mahkamah boleh menjalankan suatu inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau mengenai keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
Inkuiri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan sebelum seseorang saksi kanak-kanak mula memberikan keterangannya dan jika difikirkan perlu oleh Mahkamah, pada bila-bila masa selepas saksi kanak-kanak itu telah mula memberikan keterangannya tetapi sebelum saksi kanak-kanak itu selesai memberikan keterangannya.
Mahkamah hendaklah menjalankan inkuiri itu dengan kehadiran pihak-pihak kepada prosiding dan boleh, jika perlu, menghendaki keterangan daripada mana-mana saksi lain untuk diberikan semasa inkuiri itu bagi membolehkan Mahkamah mencapai keputusannya tentang kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
Bagi maksud seksyen ini—
pertanyaan soalan kepada saksi-saksi hanya boleh dibuat oleh Mahkamah; dan
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 9
jika saksi yang akan dipanggil ialah seorang kanak-kanak, segala langkah yang diperuntukkan di bawah Akta ini hendaklah terpakai untuk memudahkan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak itu.