Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 · Updated to 3 Mar 2025 · Bahagian I · Permulaan
2D. Keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang tertuduh boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
Mana-mana rukun yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh tidak boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya hendaklah terhenti terpakai.
Mana-mana rukun yang menghendaki Mahkamah untuk memperingatkan dirinya sebelum mensabitkan seseorang tertuduh atau membuat dapatan bahawa seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya semata-mata kerana keterangan itu diberikan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah juga terhenti terpakai.
BAHAGIAN IB
PENGURUSAN KES