Act of Parliament · Updated to 3 Mar 2025 · 3 parts
Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007
Feedback & supportRules for child witnesses giving evidenceBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Saksi
Kanak-Kanak 2007.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen,
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;
6
Undang-Undang Malaysia
“pegawai perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan awam dan termasuklah seorang pengamal perubatan berdaftar dalam mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan
Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pendengaran khas” ertinya suatu pendengaran khas yang dikendalikan oleh Mahkamah, yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seseorang saksi kanak-kanak direkod terlebih dahulu;
“rakaman video”, berhubung dengan saksi kanak-kanak, ertinya suatu rakaman video mengenai keterangan lisan saksi kanak-kanak, dalam bentuk temu bual yang diadakan antara seorang pegawai polis dengan saksi kanak-kanak, yang diungkapkan dalam apa-apa format, dibuat bagi tujuan penerimaannya sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak;
“rangkaian secara langsung” ertinya suatu rangkaian televisyen secara langsung atau perkiraan lain yang seseorang saksi kanak-kanak, walaupun tidak hadir di bilik perbicaraan atau di tempat lain yang prosiding dijalankan, boleh melihat dan mendengar seseorang di dalam bilik perbicaraan atau di tempat lain itu dan untuk dilihat dan didengar oleh orang yang dinyatakan dalam perenggan 4(2)(a) hingga (d);
“saksi kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun yang dipanggil atau dicadangkan untuk dipanggil untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding tetapi tidak termasuk seorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan.
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 7
BAHAGIAN IA
KEKOMPETENAN SAKSI KANAK-KANAK, KETERANGAN SAKSI
KANAK-KANAK YANG DIBERIKAN DENGAN SUMPAH ATAU
SELAINNYA DAN KETERANGAN TANPA SOKONGAN SAKSI
KANAK-KANAK
Semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding.
Seseorang saksi kanak-kanak tidak kompeten untuk memberikan keterangan dalam suatu prosiding jika Mahkamah mendapati, berdasarkan inkuiri yang dijalankan di bawah seksyen 2C, bahawa saksi kanak-kanak itu tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau memberikan jawapan yang rasional kepada soalan yang dikemukakan kepadanya dalam prosiding itu.
Seseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberikan keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding jika dia telah mencapai umur dua belas tahun dan memahami sifat sumpah.
Saksi kanak-kanak yang belum mencapai umur dua belas tahun atau tidak memahami sifat sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dalam suatu prosiding dan Mahkamah hendaklah, sebelum saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan, memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendaki saksi kanak-kanak itu berjanji untuk bercakap benar.
Apabila seseorang saksi kanak-kanak memberikan keterangan dalam suatu prosiding dan semasa memberikan keterangannya saksi kanak-kanak itu mencapai umur dua belas tahun, dia boleh terus memberikan keterangannya dengan syarat bahawa dia mengangkat
8
Undang-Undang Malaysia sumpah dan kegagalannya untuk mengangkat sumpah apabila mencapai umur dua belas tahun tidak menjadikan keterangannya tidak boleh diterima.
Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah di bawah subseksyen (2) hendaklah, jika diterima oleh Mahkamah, dilayan dengan cara yang sama seolah-olah keterangan itu telah diberikan dengan sumpah.
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika kekompetenan seseorang saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan dipersoalkan, Mahkamah boleh menjalankan suatu inkuiri mengenai kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau mengenai keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
Inkuiri di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan sebelum seseorang saksi kanak-kanak mula memberikan keterangannya dan jika difikirkan perlu oleh Mahkamah, pada bila-bila masa selepas saksi kanak-kanak itu telah mula memberikan keterangannya tetapi sebelum saksi kanak-kanak itu selesai memberikan keterangannya.
Mahkamah hendaklah menjalankan inkuiri itu dengan kehadiran pihak-pihak kepada prosiding dan boleh, jika perlu, menghendaki keterangan daripada mana-mana saksi lain untuk diberikan semasa inkuiri itu bagi membolehkan Mahkamah mencapai keputusannya tentang kekompetenan saksi kanak-kanak itu untuk memberikan keterangan atau keupayaan saksi kanak-kanak itu untuk memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.
Bagi maksud seksyen ini—
pertanyaan soalan kepada saksi-saksi hanya boleh dibuat oleh Mahkamah; dan
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 9
jika saksi yang akan dipanggil ialah seorang kanak-kanak, segala langkah yang diperuntukkan di bawah Akta ini hendaklah terpakai untuk memudahkan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak itu.
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang tertuduh boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.
Mana-mana rukun yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh tidak boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya hendaklah terhenti terpakai.
Mana-mana rukun yang menghendaki Mahkamah untuk memperingatkan dirinya sebelum mensabitkan seseorang tertuduh atau membuat dapatan bahawa seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya semata-mata kerana keterangan itu diberikan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah juga terhenti terpakai.
BAHAGIAN IB
PENGURUSAN KES
Apabila Mahkamah memulakan proses pengurusan kes di bawah seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan
10
Undang-Undang Malaysia keterangan dalam suatu prosiding, Mahkamah boleh, semasa pengurusan kes itu, memberikan arahan mengenai cara memberikan keterangan oleh saksi kanak-kanak itu dan mengenai pengendalian pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dalam prosiding itu untuk membolehkan pemeriksaan saksi kanak-kanak itu dijalankan secara berkesan dan untuk menggalakkan suatu perbicaraan yang adil dan cepat.
Walau apa pun subseksyen (1), jika pengurusan kes itu adalah berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792], atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta
Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, dan seorang saksi kanak-kanak dicadangkan untuk dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding yang berhubungan dengan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1).
Arahan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk—
cara pertanyaan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan soalan yang boleh atau tidak boleh ditanya berhubung dengan isu tertentu dan pengungkapan soalan kepada saksi kanak-kanak itu;
anggaran tempoh pemeriksaan saksi kanak-kanak itu termasuk berhenti rehat; dan
penggunaan apa-apa kelengkapan atau alat untuk membantu menyampaikan soalan kepada saksi kanak-kanak itu dan untuk memperoleh jawapan daripada saksi kanak-kanak itu.
Semasa pengurusan kes, Mahkamah—
hendaklah memberikan semua pihak peluang untuk didengar; dan
Keterangan Saksi Kanak-Kanak 11
boleh memanggil dan menerima keterangan pakar untuk membantu Mahkamah dalam membuat suatu pendapat yang berhubungan dengan—
cara terbaik untuk berkomunikasi dengan saksi kanak-kanak itu; dan
apa-apa langkah yang mungkin dikehendaki untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
Dalam memberikan arahan yang disebut dalam subseksyen (1),
Mahkamah boleh mengambil kira—
umur saksi kanak-kanak itu;
apa-apa keperluan khas saksi kanak-kanak itu;
sifat kesalahan yang berkenaan;
hubungan antara saksi kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;
kemahuan saksi kanak-kanak itu; dan
ketersediaan apa-apa kelengkapan, alat atau kemudahan yang perlu untuk membantu saksi kanak-kanak itu memberikan keterangan.
Peruntukan seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan seksyen 172B Kanun Tatacara
Jenayah.
12
Undang-Undang Malaysia
Bahagian II