Seksyen 3
of Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007
ActIn forceProvision 3 of 18
Seksyen 3
(1)
Seseorang saksi kanak-kanak boleh, pada mana-mana peringkat suatu perbicaraan, memberi keterangan dalam mana-mana satu atau gabungan cara yang berikut:
(a)
dengan mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan;
(b)
dengan rangkaian secara langsung;
(c)
dengan rakaman video; atau
(d)
melalui pendengaran khas.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana keterangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai keterangan yang diberikan dalam Mahkamah terbuka.