Akta Kewangan (No. 2) 1985 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
15A. “Tarikh pelupusan dalam hal tertentu
Feedback & supportPelupusan sesuatu aset hendaklah disifatkan sebagai berlaku—
dalam hal pemberian berupa aset atas kematian, pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima;
dalam hal di mana seorang penerima legasi menerima suatu aset sebagai ganti legasi wang, pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima legasi;
dalam hal di mana suatu aset kepunyaan seseorang yang mati dipindah milik kepada penerima legasi oleh wasinya (tidak kira sama ada dia sendiri seorang penerima legasi atau tidak) atau oleh pemegang amanah sesuatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiatnya, pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima legasi.