Akta Kewangan (No. 2) 1985 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
33. Section 33
Feedback & supportSeksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan yang berikut:
“(1) Jika dalam suatu hal yang seksyen 13 terpakai baginya—
balasan atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai terdiri daripada suatu aset lain (sama ada boleh dikenakan cukai atau tidak);
terdapatnya kemungkiran oleh kedua-dua pihak pelupus dan pemeroleh mengemukakan satu penyata kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan sebagaimana dikehendaki di bawah seksyen 13; atau
balasan atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai itu ialah bagi maksud Akta ini nilai pasaran bagi aset itu, maka Ketua Pengarah boleh membuat suatu taksiran ke atas pemeroleh itu sebanyak amaun yang sama dengan amaun cukai yang kena dibayar oleh pelupus dan hendaklah memasukkan dalam taksiran itu sejumlah wang yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada amaun itu, yang hendaklah disifatkan sebagai suatu kenaikan daripada jenis yang disebutkan dalam subseksyen 21(4).”.
Pindaan seksyen 17