Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006

Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

39. Jadual 2 kepada Akta ibu dipinda—

Feedback & support
(a)

dengan memasukkan sebaik selepas tafsiran “aset” dalam subperenggan 1(1), tafsiran baharu “bank Islam” yang berikut:

‘“bank Islam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];’;

(b)

dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan 1(3), subperenggan baharu (4) yang berikut:

“(4) Bagi maksud Jadual ini, “suatu balasan terdiri sebahagian besarnya daripada syer” ertinya suatu balasan terdiri daripada tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus syer.”;

(c)

dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan baharu

(4)

, subperenggan baharu (5) yang berikut:

“(5) Apa-apa sebutan dalam Jadual ini mengenai bunga hendaklah terpakai, mutatis mutandis, kepada belanja yang dilakukan sebagai mengganti bunga, dalam transaksi yang dijalankan mengikut Syariah.”;

26

Undang-Undang Malaysia

(d)

dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan 3(f)

dengan koma bernoktah;

(e)

dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan 3(f), subperenggan baharu (g) yang berikut:

“(g) pelupusan sesuatu aset oleh seseorang kepada suatu bank Islam di bawah skim di mana orang itu dibiayai oleh bank itu mengikut Syariah.”;

(f)

dengan menggantikan subperenggan 4(3) dengan yang berikut:

“(3) Jika sesuatu aset, yang dilupuskan, telah diperoleh oleh pelupus sebelum 1 Januari 1970, nilai pasaran aset itu seperti pada 1 Januari 1970 hendaklah menggantikan—

(a)

balasan dan kos sampingan daripada jenis yang tersebut dalam subperenggan (1);

(b)

nilai pasaran aset seperti pada tarikh pemindahan pemilikan aset yang tersebut dalam subperenggan 19(1) dan (3A);

(c)

amaun legasi atau nilai pasaran aset seperti pada tarikh pemindahan pemilikan aset, mengikut mana yang lebih rendah, yang tersebut dalam subperenggan 19(2); atau

(d)

nilai aset bagi maksud duti harta pusaka yang tersebut dalam subperenggan 19(3), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jumlah wang daripada jenis yang tersebut dalam subsubperenggan

(1)

(a)

, (b) atau (c) yang berkaitan dengan tempoh sebelum 1 Januari 1970 itu tidaklah boleh diambil kira.”.

Kewangan (No. 2) 27

(g)

dengan memasukkan sebaik selepas perenggan 15, perenggan baharu 15A dan 15B yang berikut:

Report

Bab V

Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

Bab VI

Pindaan Kepada *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967