Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

15B. Tarikh pemerolehan dalam hal tertentu

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu aset kepunyaan seseorang yang mati dilupuskan (kepada seseorang yang lain daripada seorang penerima legasi) oleh wasinya atau oleh pemegang amanah sesuatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiatnya, wasi atau pemegang amanah itu hendaklah disifatkan sebagai telah memperolehnya pada tarikh kematian orang yang mati itu.

(2)

Jika sesuatu aset diperoleh dengan kemudahan kewangan yang diberi oleh suatu bank Islam mengikut

28

Undang-Undang Malaysia

Syariah, pemeroleh itu hendaklah disifatkan sebagai telah memperoleh aset itu pada tarikh perjanjian mengenai pemerolehan aset itu dibuat di antara pemeroleh dengan seseorang selain bank Islam itu atau, dalam hal di mana aset itu dimiliki oleh bank tersebut, pada tarikh perjanjian mengenai pelupusan aset itu dibuat dengan bank itu.”;

(h)

dengan memasukkan sebaik selepas perkataan “sesuatu syarikat yang bermastautin dalam Malaysia dalam proviso kepada subperenggan 17(1), perkataan “yang sedang disusun semula di bawah skim itu”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “nilai aset itu bagi maksud duti harta pesaka” dalam subperenggan 19(1) dengan perkataan “nilai pasaran aset itu seperti pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima”;

(j)

dengan menggantikan perkataan “nilai aset itu bagi maksud duti harta pesaka” dalam dengan perkataan “nilai pasaran aset itu seperti pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima legasi”;

(k)

dengan memasukkan sebaik selepas perenggan 19(3), subperenggan baharu (3A) yang berikut:

“(3A) Tertakluk kepada subperenggan 4(3), jika sesuatu aset kepunyaan seseorang yang mati dipindah milik kepada seorang penerima legasi oleh wasinya

(tidak kira sama ada ia sendiri seorang penerima legasi atau tidak) atau oleh pemegang amanah bagi suatu amanah yang diwujudkan di bawah wasiatnya, maka hendaklah disifatkan sebagai adanya suatu perolehan aset oleh penerima legasi dengan suatu harga perolehan yang sama dengan nilai pasaran aset itu seperti pada tarikh pemindahan pemilikan aset itu kepada penerima legasi dengan ditolak jumlah wang daripada jenis yang tersebut dalam subsubperenggan 4(1)(a), (b) atau (c) yang diterima oleh penerima legasi atau terlucut hak kepada

Kewangan (No. 2) 29

penerima legasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”; dan

(l)

dengan memasukkan sebaik selepas subperenggan 19(6), subperenggan baharu (7) yang berikut:

“(7) Jika sesuatu aset diperoleh oleh seseorang

(kemudian dari ini disebut “pemeroleh”) dengan kemudahan kewangan yang diberi oleh sesuatu bank

Islam mengikut Syariah, harga perolehan aset itu hendaklah amaun atau nilai balasan yang diberi oleh atau bagi pihak pemeroleh kepada orang yang melupuskan aset itu selain bank Islam itu atau dalam hal di mana aset itu dimiliki oleh bank tersebut, amaun atau nilai balasan yang diberi kepada bank itu, bagi pemerolehan aset itu

(bersama dengan kos sampingan kepadanya mengenai pemerolehan itu) dengan ditolak jumlah wang daripada jenis yang tersebut dalam subsubperenggan 4(1)(a), (b)

atau (c) yang diterima oleh pemeroleh atau terlucut hak kepada pemeroleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

Pindaan Jadual 3

Report

Bab V

Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

Bab VI

Pindaan Kepada *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967