Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

31. Section 31

Feedback & support

Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dan (2) dengan yang berikut:

“(1) Tiap-tiap orang yang boleh dikenakan cukai yang melupuskan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai dan tiap-tiap orang yang memperolehi aset yang dilupuskan sedemikian itu hendaklah, dalam masa satu bulan (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua

Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya)

selepas tarikh pelupusan aset itu, membuat suatu penyata—

(a)

menyatakan berkenaan dengan aset yang dilupuskan itu harga perolehan, harga lupusan dan keuntungan atau kerugian atas pelupusan itu;

Kewangan (No. 2) 21

(b)

memberi segala maklumat yang perlu untuk menentukan harga perolehan dan harga lupusan bagi aset yang dilupuskan; dan

(c)

jika nilai pasaran bagi aset itu hendak dipakai bagi maksud Akta ini, mengemukakan suatu nilaian bertulis mengenai aset itu oleh seorang penilai.

(2)

Tiap-tiap orang nomini hendaklah, dalam tempoh satu bulan (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya) selepas tarikh pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai olehnya bagi pihak mana-mana orang, membuat suatu penyata menyatakan—

(a)

nama dan alamat orang yang bagi pihaknya pelupusan itu telah dilakukan;

(b)

aset yang dilupuskan itu; dan

(c)

tarikh dia pertama kali mula memegang aset itu sebagai seorang nomini bagi orang itu.”.

Pindaan seksyen 14

Report

Bab V

Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

Bab VI

Pindaan Kepada *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967