Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian III · Larangan Mengenai Senjata Kimia dan Agen Kawalan Rusuhan
18. Larangan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
menghasilkan, mengeluarkan, memperoleh, mengumpul stok atau menyimpan apa-apa senjata kimia;
memindahkan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa senjata kimia kepada orang lain;
mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa senjata kimia;
menggunakan apa-apa senjata kimia;
melibatkan diri dalam apa-apa persediaan ketenteraan yang tidak sah untuk menggunakan sesuatu senjata kimia; atau
membantu, menggalakkan atau mendorong, dengan apa-apa
Konvensyen Senjata Kimia 21
cara, sesiapa jua untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dilarang kepada Negara Pihak di bawah
Konvensyen.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.