Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VII · Pelbagai
51. Notis bagi pendedahan maklumat
Feedback & supportPihak Berkuasa Kebangsaan boleh menghantar notis kepada mana-mana orang yang Pihak Berkuasa Kebangsaan percaya berdasarkan sebab yang munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta ini, meminta orang itu memberikan maklumat atau dokumen itu kepada Pihak
Berkuasa Kebangsaan.
Seseorang yang menerima notis yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah memberikan maklumat dan dokumen yang
44 Undang-undang Malaysia AKTA 641
diminta kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan.