Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian V · Pemeriksaan Antarabangsa
38. Inspektor Antarabangsa
Feedback & supportMenteri boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang yang merupakan anggota pasukan pemeriksaan bagi Urus Setia Teknikal
Pertubuhan suatu perakuan untuk menjadi Inspektor Antarabangsa bagi tujuan Akta ini.
Perakuan yang dikeluarkan kepada orang di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
identiti orang itu termasuk nama, taraf dan kuasanya untuk menjalankan pemeriksaan di Malaysia;
keistimewaan dan kekebalan yang terpakai bagi orang itu;
dan
apa-apa maklumat lain dan apa-apa syarat yang terpakai bagi aktiviti pemeriksaan di Malaysia oleh orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Konvensyen Senjata Kimia 35