Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bab 4 · Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret

36. Section 36

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pengeluaran bahan kimia organik diskret secara sintesis dalam apa-apa amaun yang lebih daripada amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak Berkuasa

Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:

(a)

suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan

(b)

suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.

Konvensyen Senjata Kimia 33

(2)

Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—

(a)

identiti kemudahan;

(b)

nama bahan kimia organik diskret;

(c)

kuantiti bahan kimia organik diskret yang digunakan;

dan

(d)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pemeriksaan Antarabangsa

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules