Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik

21. Larangan dan pengecualian

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Bab ini, tiada seorang pun boleh mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan di bawah Jadual 1 melainkan jika—

(a)

pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu adalah untuk tujuan kajian, perubatan, farmaseutikal atau perlindungan;

(b)

jenis dan kuantiti bahan kimia toksik adalah benar-benar dihadkan kepada bahan kimia toksik yang boleh dijustifikasikan bagi tujuan itu;

(c)

amaun agregat bahan kimia itu pada bila-bila masa yang dibenarkan bagi tujuan tersebut adalah sama dengan atau kurang daripada sepuluh kilogram bagi setiap kemudahan dalam satu tahun kalendar; dan

(d)

pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan itu dibenarkan oleh

Pihak

Berkuasa

Kebangsaan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud Bab ini, “pemindahan” termasuklah import, eksport, atau apa-apa pergerakan apa-apa amaun bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 di luar sempadan geografi kemudahan di Malaysia ke destinasi lain di Malaysia, atau apa-apa pergerakan sedemikian antara dua bahagian di dalam satu syarikat atau penjualan dari satu syarikat ke syarikat yang lain.

Konvensyen Senjata Kimia 23

Report

Bab 3

Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang

Bab 4

Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret

Bahagian V

Pemeriksaan Antarabangsa

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules