Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian V · Pemeriksaan Antarabangsa

41. Waran bagi pemeriksaan

Feedback & support
(1)

Jika persetujuan tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana kemudahan untuk memasuki kemudahan itu bagi tujuan yang disebut dalam seksyen 39 tidak diperoleh, mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang

Inspektor Kebangsaan boleh memohon suatu waran bagi pihak Inspektor Antarabangsa.

(2)

Seseorang Majistret yang kepadanya permohonan bagi mendapatkan waran dibuat di bawah subseksyen ini boleh, jika dia berpuas hati dengan perakuan bersumpah yang diikrarkan oleh mana-mana anggota Pihak Berkuasa Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan bahawa—

(a)

syarat bagi kemasukan yang diperihalkan dalam seksyen 39

telah dipenuhi berkenaan dengan kemudahan itu;

(b)

kemasukan ke kemudahan itu adalah perlu bagi apa-apa tujuan yang berhubungan dengan pentadbiran Akta ini; dan

(c)

kemasukan ke kemudahan itu telah ditolak, mengeluarkan waran yang membenarkan anggota Pihak Berkuasa

Kebangsaan atau seseorang Inspektor Kebangsaan dan Inspektor

Antarabangsa yang dinamakan memasuki kemudahan itu bagi tujuan pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 39, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam waran itu.

Report

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules