Skip to content

Seksyen 20

Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud—

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 20 of 33
Seksyen 20

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sah oleh Yayasan atau Lembaga termasuk fi dan kos, sama ada fi guaman atau selainnya, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang diambil bekerja oleh Yayasan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang sebenarnya dilakukan atau disetuju terima oleh Yayasan atau

Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah

Akta ini;

(d)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Laporan Kewangan 19

Tahun kewangan Yayasan