Skip to content

Seksyen 26A

Badan pengeluar yang lain

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 27 of 33
Seksyen 26A

Lembaga boleh memberikan pengiktirafan kepada badan pengeluar piawaian perakaunan yang lain jika Lembaga berpendapat bahawa ─

(a)

badan pengeluar piawaian perakaunan itu mempunyai kedudukan dan reputasi bertaraf antarabangsa; dan

(b)

piawaian perakaunan badan pengeluar piawaian perakaunan itu boleh diterima bagi maksud penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia.

Laporan Kewangan 21