Skip to content

Seksyen 24

Akaun

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 24 of 33
Seksyen 24

(1)

Yayasan hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan untuk tahun kewangan itu suatu penyata akaun bagi Yayasan yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata aliran tunai.

(2)

Yayasan hendaklah menyebabkan penyata akaunnya diaudit oleh juruaudit yang dilantik olehnya.

(3)

Yayasan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantar satu salinan penyata akaunnya yang sudah diaudit berserta satu salinan laporan juruaudit tentangnya kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan

20

Undang-Undang Malaysia satu salinan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua

Majlis Parlimen.

Ketidakpakaian Akta 240