Skip to content

Seksyen 26D

Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 30 of 33
Seksyen 26D
(1)

Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh

Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh

Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut:

(a)

Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti;

22

Undang-Undang Malaysia

(b)

Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau

(c)

Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau (b).