Skip to content

Seksyen 26B

Piawaian bagi syarikat asing

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 28 of 33
Seksyen 26B

Penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti,

Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia hendaklah mematuhi pada keseluruhannya dengan sama ada—

(a)

mana-mana piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; atau

(b)

piawaian perakaunan diluluskan MASB.