Skip to content

Seksyen 19

of Akta Laporan Kewangan 1997

ActIn forceProvision 19 of 33

Seksyen 19

(1)

Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan oleh Yayasan.

(2)

Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;

(b)

apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan industri dan perbadanan;

(c)

fi atau bayaran lain yang dibayar kepada Yayasan atau

Lembaga; dan

(d)

segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletak

18

Undang-Undang Malaysia hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

(3)

Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1)

kepada─

(a)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Yayasan;

(b)

Lembaga; atau

(c)

mana-mana pegawai Lembaga.

(4)

Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian.

Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang