Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian II · Lembaga
12. Section 12
Feedback & supportLembaga hendaklah memberi kepada Menteri dan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat sebagaimana dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti-aktiviti Lembaga.
Dengan syarat sentiasanya bahawa wang itu dan akaun-akaunnya hendaklah disimpan berasingan dan berlainan dari akaun-akaun Kumpulan Wang.
Tanpa menyentuh keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam, suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan penjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.