Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian II · Lembaga
9. Section 9
Feedback & supportLembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi arahan-arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan itu.
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga dan persetujuan Menteri Kewangan, kuasa Menteri untuk memberi arahan-arahan hendaklah termasuk memberi arahan-arahan kepada Lembaga—
mengenai pelupusan aset modal; dan
mengenai penggunaan hasil pelupusan itu, walaupun arahan-arahan itu mungkin mengenai se-suatu yang tertentu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan tersebut boleh diberi selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.