Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian II · Lembaga

4. Section 4

Feedback & support
(1)

Fungsi-fungsi Lembaga ialah—

(a)

memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka;

(b)

memaju, menggalak

(b)

memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, perindustrian dan perdagangan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka;

(c)

mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka; dan

(d)

menyelaraskan, dan bekerjasama dan berhubung dengan ejensi-ejensi lain bagi mempastikan pemodenan sektor pertanian di Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

(2)

Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang bermanfaat atau munasabah perlu bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti perdagangan dan perindustrian, dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya, pada pendapatnya adalah perlu, berfaedah atau mudah untuk atau berkaitan dengan penjalanan fungsi-fungsinya yang tersebut, termasuk mengilang, memasang, memproses, mempek, menggred dan memasarkan keluarankeluaran;

(b)

mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan-tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada projek-projek pembangunan atau pembangunan semula mungkin boleh diusahakan dan dilaksanakan;

(c)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen urusan bagi, atau secara lain bertindak bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, manamana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan atau manamana badan atau orang lain;

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti-aktiviti itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;

(e)

dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau separakawalan Lembaga atau secara bebas;

(f)

memberi bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang pada pendapat Lembaga, ada mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, bantuan kewangan dengan mengambil modal syer atau pinjaman atau dengan memberi pinjaman atau selainnya;

(g)

dengan kelulusan Menteri, membeli, meng-underait atau secara lain memperolehi apa-apa stok dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan:

(h)

menghendaki jabatan-jabatan dan ejensi-ejensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga

Kemajuan Wilayah Jengka supaya menge-mukakan laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti atau aktiviti-aktiviti yang dicadangkan olehnya yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Lembaga;

(i)

melantik ejen-ejen atau menubuhkan mana mana badan lain yang disifatkannya patut bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya;

(j)

mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;

(k)

menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;

(l)

mengatur pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka; dan

(m)

melakukan apa-apa perkara lain yang disifatkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan efektif.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga pada menjalankan fungsifungsinya di bawah Akta ini mempastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan sejajar dengan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah pertama sekali berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum menjalankan apaapa fungsinya yang melibatkan perancangan pembangunan.

Report

Bahagian III

Pengerusi, Pegawai, Pengkhidmat dan Bahagian

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa-Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Bahagian VII

Peralihan

Schedules