Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian III · Pengerusi, Pegawai, Pengkhidmat dan Bahagian
14. Section 14
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri melantik seseorang, yang dinamakan "Pengurus Besar", untuk menjadi ketua pegawai eksekutif dan meletakhak padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab---
menyediakan program, skim dan projek untuk pertimbangan Lembaga;
melaksanakan segala program, skim dan projek Lembaga; dan
melaksanakan keputusan-keputusan Lembaga dan arahan-arahan Pengerusi.
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.
Pengurus Besar hendaklah berkuasa mengawal secara am pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga.
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Lembaga atau Pengerusi dari semasa ke semasa.
Untuk membantu Pengurus Besar menjalankan fungsi-fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Timbalan Pengurus Besar atau lebih dan meletakhak kepada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.
Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar melaksanakan kewajipan-kewajipan Pengurus Besar dalam masa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar adalah pegawai Lembaga.