Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian III · Pengerusi, Pegawai, Pengkhidmat dan Bahagian
16. Section 16
Feedback & supportTertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 17, Lembaga boleh melantik mengikut apa-apa terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh Lembaga beberapa orang pegawai dan pengkhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud maksud Akta ini.
Tiada seorang pun layak untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga, jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperolehi sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja secara terus tanpa notis.