Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian III · Pengerusi, Pegawai, Pengkhidmat dan Bahagian
15. Section 15
Feedback & supportLembaga boleh menubuhkan Bahagian-bahagian yang difikirkannya perlu, dan tiap-tiap satu Bahagian itu hendaklah di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai.
Pegawai yang menjaga tiap-tiap satu Bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Adalah menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu Bahagian melaksanakan dan menjalankan keputusan-keputusan Lembaga mengenai perkara-perkara berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam sesuatu mesyuarat Lembaga apabila perkara-perkara berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbangkan dalam mesyuarat tersebut dan juga menjalankan segala kuasa yang mungkin diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.