Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Lembaga
25. Section 25
Feedback & supportLembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menjalankan mana-mana kewajipannya.
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau stok debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau stok dari apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Menteri, difikirkannya bermanfaat, bagi segala atau mana-mana maksud yang berikut:
peruntukan modal kerja;
menunaikan kewajipan-kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
menunaikan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;
menebus apa-apa syer atau stok yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sewajarnya kepada akaun modal.