Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Lembaga

29. Section 29

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa projek, skim atau enterprais yang telah dirancang atau dijalankan oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau pada menjalankan fungsi-fungsinya.

(2)

Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Report