Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 · As enacted · Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Lembaga
30. Section 30
Feedback & supportApabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperolehi oleh Lembaga bagi maksud-maksud Akta ini, harta itu boleh diperolehi mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam yang sedang berkuatkuasa dalam
Negeri itu, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian bolehlah dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan itu hendaklah berkuatkuasa seolah-olah ia adalah suatu akuan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
Perbelanjaan dan pampasan mengenai manamana harta tak alih yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
Apabila apa-apa harta tak alih telah diperolehi di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang mungkin dikenakan atas harta itu.